Sunday, April 25, 2010

Penggemar Steamboat


Steam a boat.Eh bukan bukan.Steamboat-macam steam a boat la kan ? a boat of foods, ke ? Tak kesah lahh.Bagi penggemar steamboat, kali ni saya bawak anda pergi makan makan steamboat yang super stimm.

Kalau cakap pasal steamboat, rata rata daripada kita mesti terbayang Johnny's kan ? Ala Johhny's Restaurant yang rata rata pelayannya adalah warga asing (mesti) yang tahu cakap melayu tapi tak faham bahasa melayu.

Okay okay, lupakan pasal Johnnys.

Sekarang kita pergi ke Restoran Stadium Negara, Jalan Yap Kwan Seng.Sejarah nama, kalau tak silap restoran ni pernah terletak bersebelahan dengan Stadium Negara dekat Jalan Stadium.

Kebanyakkan pelanggan restoran ni terdiri daripada orang melayu, walaupun restoran ni hak milik orang cina tapi still restoran ni tak da langsung menu yang haramm untuk orang Islam.Selamat dimakann.

Apa nama restoran ni ? Restoran Stadium Negara.Ingat ! Restoran apa ? Restoran Stadium Ne...gara.

Speciality ? Steamboat ! Kita boleh pilih sama ada steamboat yang kita nak steam atau masak tu guna dapur gas atau dapur arang.

Tengok orang gak lah.Kalau tahap kesabaran korang tinggi boleh je mintak dapur arang, tapi kalau dah sampai sampai tu lapar tahap gaban baik mintak dapur gas.

Bezanya ? Satu guna arang satu guna gas.Rasa ? Ada beza ke ? Takde.Rasanya kalau guna dua dua method pun, still sup akan mengelegak-masak gak.


Yang ni steamboat guna gas



Yang ni plak steamboat guna charcoal atau arang, nampak tak yang macam serombong kapal tu ?







Korang boleh pilih sama ada korang nak sup atau tomyam.Kalau nak dua dua pun boleh.umpphhh bau diaaa ~


Untuk steamboat harganya ialah RM 30-serve untuk dua orang.Side order yang lain ikut korang lah nak pilih apa.Macam saya, saya suka pilih menu-menu kat bawah ni.Kalau korang dah order steamboat, janganlah pulak pesan side order banyak banyak.Steamboat tu sapa pulak yang nak makan nanti.




Kacang Tanah
Kacang tanah ni memang dorang akan kasi sebagai pembuka selera.Betul ke ? Kalau takde kacang, tak berselera ke nanti ? Eh eh bukan, sebagai mengalas perut.Ceh ceh mengalas perut la sangat.

Kalau korang dah lapar sangat, balun je lah kacang ni dengan kawan kawan korang.Tapi kalau tak lapar, sila balun juga sebab kacang ni berharga RM 2.00 so kalau makan ke tak makan still dorang charge gak.



Nasi Goreng Butter
Nice one.Nasi Goreng butter yang sedap dan lazat.Yummy.
Rate : ****



Sotong Goreng Tepung
First time tengok sotong goreng tepung dorang buat bentuk donut.Hahaha, tapi sotong ni liat sikit.Rasa tepung just nice
Rate : *** 1/2



Lala masak Pedas (kalau tak silap)
Lala ni memang signature kat sini, so kalau korang nak order tapi tak tahu nama, cakap je lala...Nanti amoi yang amek order tu celah lah cakap korang lala masak pedas.

Yang ni memang favourite saya.Sangat sedap dan lazat.Memang terbaikklah sampai berpeluh peluh makan.Lala segar, kulit lala memang dah terbuka so senang nak amek takyah kopek kopek.Kalau korang tak makan pedas,at least cuba satu korang mesti tersenyum.hee
Rate : **** 1/2





I called it Pau Lembut ^_^
Tak tau what the real name of the pauu,tapi pau ni sumpahh lembut gileee.Baik punyaa.Kita boleh mintak sama ada nak kukus atau goreng pau neh.Pau ni memang terbaik kalau cicah dengan ketam kat bawah ni =)
Rate : ****






Golden Crab
Yang ni paling menarikk.Untuk makluman korang, this is my second visit and first time makan Golden Crab, before this order Golden Shrimp.Sebab udang lagi senang nak handle than ketam kann.Tapi sumpahh kuah dia sedap gileeerrr.

So the main purpose order this is to makan dengan pau kat atas tuhh.Memang terbaikk.Rasanya undescrible, korang kena datang dan cuba baru korang tahuuu!Wonder, how they cook this ? Tapi obviously memang ada telur lah sebab boleh nampak telur putih yang dah dimasak dalam kuah tuhh.
Rate : **** 1/2




Harga bagi saya agak mahal.Tapi! Untuk side order terutamanya makanan berasaskan Ketam memang mahal.Memang mahal,sangat mahal okay!(Dah tak tau dah nak describe macam mana mahal tu).Selain ketam, kat sini ada sup shark fin,BBQ Chicken Wings dan lain lain.


Dari sini kita boleh nampak view KLCC.


Ada satu menu yang saya lupa nak tangkap gambar ialah BBQ Chicken Wing.Rasa Chicken Wing kat sini memang lain dari yang lain.Tak boleh dapat kat mana-mana, sebab saya rasa memang kat restoran ni je yang buat saya rasa terpukau bila makan chicken wing.



Bagi saya, kalau korang penggemar steamboat sini memang tempat paling tempat untuk korang datang dan menikmati steamboat.

Steamboat kat sini kalau nak dibandingkan dengan tempat lain takde lah jauh beza sangat tapi side order dengan steamboat kat sini memang satu pakej yang melengkapi antara satu sama lain.So, kalau korang datang sini semata-mata nak makan steamboat tak berbaloi sangat.Untuk kepuasan, korang boleh pesan apa sahaja side order yang korang nakk.

Saya rasa kat sini antara salah satu tempat yang mementingkan kualiti masakan.Jadi, setiap apa yang korang order korang memang akan dapat kepuasan yang maksima.

Persekitaran memuaskan dan bersih, layanan memuaskan dan mesra, makanan tip top tapi harganya agak mahall.Tapi untuk sekali seumur hidup, apa salahnya mencuba betul tak ?

6 comments:

bha.omar said...

nice. weh. steamboat kt subang pon nice jugak. bila nak bwak aku n ua!!

kt jalan yap kwan seng tu de stu kedai besh jugak. full house kot. g la try!

iniakid said...

subang kat area mane ?

ouh aku tahu full house tu, selalu je lalu tapi tak sempat lagi nak menyinggah.
next visit to be :)

Syiqa Rahmat said...

akid, anda dah buat perutku ini berasa lapar balik walaupun baruuu je balik mkn.

satu lagi, tekak ni dah meronta2 nak rasa mknan2 tu tau x?

akid yg bersalah! ;P

iniakid said...

syiqa : hahaha, pergi lah makan kalau lapar :P

perut dah okay ?

nanti kalau nak pergi kat sini jangan lupa ajak dan belanja !

ayuyu said...

sejak nila blog kau ni jadi belog makanan pulak?

iniakid said...

ayu : haha,sejak aku lapar.

untuk blog bukan pasal makanan kau boleh singgah
http://susahsenang.wordpress.com ;)

Post a Comment