Saturday, April 17, 2010

Seafood Lagi !


Bagi penggemar Seafood , kali ni saya bawa anda ke satu tempat menarik untuk anda melantak seafood dengan harga murah dengan seafood yang segar !



Restoran Makanan Laut di Jeram , Kuala Selangor.Mungkin ada yang pernah datang sini , kalau dari Kuala Lumpur , ikut arah ke Klang dan terus ke Kuala Selangor.Perjalanan makan masa dalam 1 1/2 jam(bergantung pada cara pemanduan).

Kalau ikutkan ada dua restoran seafood dekat Jeram ni (yang popular),tapi saya lebih prefer yang depan banding yang belakang sebab restoran depan lagi murah dan cara masakan lebih sedap.Tapi kalau anda mahu main kejar kejar atau main air pantai sementara tunggu makanan yang anda pesan siap , anda boleh pergi restoran yang belakang tu.



Kalau pergi hari minggu , memang ramai.Kalau anda datang dari jauh, pastikan anda bertolak dari rumah lebih awal untuk dapat tempat.Bagi yang mempunyai anak, restoran depan ada menyediakan taman permainan kanak kanak.Juga sight seeing pantai terus dari tempat makan ( air dalam , tak boleh turun main air ).

Kalau anda datang ke sini , anda diberi kebebasan untuk memilih menu anda sendiri.Pilih ikan , sotong , ketam (dll) anda sendiri juga cara masakannya sendiri.


Sotong Goreng Tepung
Apa yang istimewanya tentang sotong goreng tepung kat sini adalah kerangupan dan keistimewaan rasa tepung tu.Rasa dia macam ala ala KFC tapi salut kat sotong.Ratah macam tu sambil cicah air sambal memang perghhhh.
Rate : **** 1/2



Ikan Kerapu Tiga Rasa
Ikan memang terbaik dari ladang , SEGAR ! Paling sedap mestilah part pipi ikan.Ikan kerapu keras sikit isinya banding ikan siakap.3 rasa memang sedap !
Rate : ****



Ikan Siakap Masam Manis
Memula saya cadangkan masa stim limau kat ikan siakap ni , tapi ada kawan saya yang tak makan stim(tak tau lah tak makan atau tak pernah cuba makan).Tapi pape pun , masak masam manis masih terbaik dan lazat ! Ikan memang segar ya ampunnn !
Rate : ****





Kerang
Kerang kat sini anda boleh pilih nak masak apa.Rebus atau bakar.Tapi saya lebih suka kalau kerang ni dibakar banding rebus.Sebab kalau makan bakar isi dia dah kering,so bila nak kopek tu takdelah air mengalir kat tangan.



Ketam Masak Cili
Saya kurang gemar makan ketam sebab malas nak kopek dan godek isi ketam tuh.Tapi kali ni saya buangkan malas saya dan godek isi ketam sampai ketam tu tak rupa ketam dah hah.hahaha ketam cicah cili ni memang sedap, lain dari yang lain
Rate : *** 1/2



Ikan Keli Bakar
Saya memang peminat ikan keli bakar dari dulu lagi ! Gila nya saya dengan ikan keli bakar, saya habiskan ikan keli ni sorang sorang tak kasi kawan yang lain sentuh langsung ! Memang terbaik , isi keli ni pun gemuk gemuk.Geram je tengokk.
Rate : *****



Lala masak halia
Sedap,berlemak dan cukup rasa !
Rate : ***



Otak otak
Saya dan kawan yang lain dapat otak otak ni dah hangit dan kering.Nasib baik menu sampingan je.


Apa yang paling saya suka dekat Jeram ni ialah air sambal atau sambal kicap buatan sendirinya-homemade.Perghhh memang mengancam.Sebab tu lah saya lebih suka makan seafood cicah air sambal berbanding makan dengan nasi.Memang Layaannn.

Harga memang berbaloi dengan makanan ! Untuk semua menu diatas , seingat saya kami cuma membayar dalam RM 250.(untuk semua seafood kami amek 2set setiap satu-tolak dua ekor ikan).Murah kann ?!


Dah kenyang, jangan lupa bayar ! Walaupun bayar part paling menyeksakan sekali :P


2 comments:

KELI OH KELI said...

NICE BLOG..KEEP IT UP SAHABAT....

iniakid said...

thanks :)

Post a Comment